artszfar


This is now an archive
October 27, 2006, 12:33 am
Filed under: Uncategorized

Hmm I don’t want to delete this. Going to keep it online as a memory. From nothing to wota something like that lor. Read my current blog at

http://asupa.blogspot.com

Asupa2



Si Pengembara Jalanan (Wuissh tajuk dia…)
April 9, 2006, 3:02 am
Filed under: Life...

Untitled_1
"OPOCOTT!!!" Aku menjerit kepanikkan. Tuala mandi biruku hampir terlucut memberontak terhadapku. Hampir saja aku kebogelan menggadaikan maruahku. Bukan aku sahaja yang terkejut malah makhluk yang bertembung dengan ku melulu berlari ke luar rumah. Aku ingatkan tikus bersaiz kucing.

"Aaahh, kucing rupanya…" aku bersuara, agak kuat supaya ibuku juga mendengarnya, menghapuskan ke malu an aku.

"Miau -miau…" Ku pula yang bersuara kucing. Memanggilnya semula. Rinduku terhadap kucing memang telah lama ku pendam. Ku teringat kucing terakhirku, Ella yang entah kemana menghilang tanpa sempat ia memaafkan dosaku.

"Anakku, jangan dimanjakan kucingku, nanti ia akan meninggalkan najis di merata tempat, siapa yang mahu membasuhnya?" Ibuku berpesan. Memang setiap kali kucing menampakkan diri di rumahku, itulah yang terpacul dari mulut ibuku.

"Miau-miau.." bersuara ku lagi. Ianya disahut dengan suatu sahutan yang amat comel. Ku hulurkan tanganku di bawah motokarku, mengumpannya keluar. Dengan perlahan ia keluar, menampakkan tubuhnya yang bersih, berbulu halus, dan berekor tebal. Suatu tenungan tepat dilontarkan ke mataku. Di dalamnya penuh seribu harapan, permintaan kasih sayang dan perlindungan. Ku tepuk kepalanya dengan lembut. Tersengguk-sengguk ia menerimanya secara terpaksa.

Ikan? ah sudah dihabiskan semalam oleh ayahku. Ayam? beku dan setia di dalam peti ais. Maafkan ku, ku tak terdaya memberikan sedikit pun makanan kepadamu.

Sungguh cergas ia menggesel-geselkan tubuhnya ke kakiku. Ku berlutut di lantai. "Ah manja sungguh…", bisik hatiku. Ingin pula ia memanjat tubuhku ibarat mahu mencium dahiku. Biskut Marie? Ya! yang itu sedia menanti dalam tin biskut.

Aku bangun dengan perlahan sambil jemariku melurut tubuhnya. Si gadis bermata biru ini sungguh comel dan cergas. Sedih pula memandang dirinya kelaparan dan keseorangan.

Ku tutupi pintu agar ia tidak mengikuti diriku masuk dan tidak pula aku dimarahi ibuku. Ku buka tin biskut dan merabai saki baki biskut, yah! ada lagi. Ku meluru keluar semula.

Ku buka pintu dan memanggil kucing comel itu tadi, tiada sahutan. Ku lorotkan tubuhku mengintai bawah motokarku. Tiada. Ku kr belakang rumahku. Tiada. Ku ke hadapan pula. Tiada. ah kemana pula ia menghilang?

Mungkin ia hanya singgah melepaskan lelah di rumahku. Mungkin ia menganggap aku menolak kehadirannya ketika aku menutup pintu rumah mencari biskut tadi. Ah tak mengapalah. Hingga kita berjumpa lagi gadisku…



Jiwang Network Gathering 2006
April 2, 2006, 10:46 pm
Filed under: Life...

Pada 1 April 2006 yang lalu, bertempat di Food Court Level 10 Times Square berlangsungnya Gathering Jwg Network (Jwg Network: Jiwang.org, jiwang,net, torrent.jiwang.cc, mirc.jiwang.cc, chat.jiwang.cc, jiwang 7-11) dihadiri oleh lebih kurang 40 orang yang rajin dan takde kerja. Satu je yang best ialah dapat kenalan baru dan walaupun baru kenal, kitorang macam dah kenal dari dulu dan siap kutuk-kutuk sesama sendiri. Muka-muka baru dan lama, tua dan muda. Menunya ialah bertan-tan pizza dan KFC. Malasnye aku nak citer.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Muka-muka Moderator & GloMo yang menunggu peredaran makanan dalam usus kecil dan besar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Gambar untuk dimasukkan dalam photobook. Kekanak ramai dah balik sebab takut amak marah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Adik apsal balik awal? kite tak kenal nama awak lagi. Nanti ada audition Morning Musume jangan lupe apply tau!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
dari kiri: Karl, Lati0s, emphitree, Jalak, Artszfar, Xhacker, Leenaz, Ejam, Nicherology.

Nanti update lagi dengan video sekali.



Alone in The Dark Part II: Study Week
March 15, 2006, 3:04 am
Filed under: Studies

Hoooo Yeahhh!
Next week, Monday, 9 o’clock in the morning. I’ll be sitting at table number 502, making  beautiful shapes of letter "L", answering Laplace questions of Differential Equations final exam question. The most important thing to remember during exams at UNITEN is to wear clothes more than the government had ever donated to the Tsunami’s victims in Acheh. SInce the exam will not be conducted in classes but at the university’s refrigerator. (RIFURIJURETA as pronounced by Kamei Eri in Hello! Morning ep. #265). Also not to forget some knife and plastic bags to cut and bring home some meats (refrigerator, remember?).

I’m currently on study week, no more classes, no tutorials except maybe one or two. Today’s tutorial attendance: 2/35, me & Giant. And we have made a special bond to the lecturer, the three of us get "alung" together. Okay, a message to any alien out there, if you want to adopt me, you can find me at IKAL building, the one opposite the library.

The Uniten’s library Facts during Study Week

  • Couples everywhere - This is the best time to know your partner. Do not study, just try making and "controlling" the most "machomest, hensemest, bergayamest, kawaiiest, cutest cantiksekalikest" face you never made before. Marrying the person next to you is very important that it will be asked in the mathematic paper. And try not to korek your idung.
  • For singles: Girls please laughing as pontianakest as you can to attract the opposite sex. Guys please make sure you act like you know everything and act as hardworking as you can. Please put your handphone, car keys, and wallet on the table so everyonegirl can see. Tear up old newspaper and fill it into your wallet to make it thick.
  • Akak potostat became our bodybuilding athlete - Turning pages of past exam questions 73,433,533,221,434 times. Kesian akak nih pagi tadi aku pun potostat kertas soklan. Mata merah, demam.
  • The staff at the frontdesk next to the entrance to the inner library had a cramped neck since he had to check for students ID and shoes.
  • The 5th floor (reserved collections) just below the exam hall is filled with students. A miraculous phenomenon next to UFO sightings.
  • Akaks cleaner working overtime to clean up stuffs and shits. Akaks cleaner are the most powerful figure everywhere in Malaysia since they have the power to enter restrooms that have sign with no skirt.


FIONA 2006 Video! by The AnO Team…
March 4, 2006, 7:46 pm
Filed under: Uncategorized

Times_3


Yah sekali lagi aku membawa sebuah video yang berkualiti. Video ini bertajuk Fiona 2006. Ianya sebuah video-karaoke untuk The AnO Show yang perlu didonlod oleh semua orang.



Air Terjun?
February 19, 2006, 7:20 am
Filed under: Uncategorized

Dua minggu lepas aku pergi Sg. Gabai dengan member nama Ogee sebab kitorang takde kerja. Nih ada video untuk didonlod.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

donlod: Right-click - save target as…

http://www.filelodge.com/files/hdd5/91551/final.wmv



Tolonglah daku….
February 7, 2006, 1:59 am
Filed under: Music

Takde ape nak tulis, cuma awas pabila menonton clip ini…



Chu Chu Chu Chu….
January 18, 2006, 8:42 am
Filed under: Music

Sesuatu untuk mengurangkan ketensionan semasa study…

WAHAHAHA… Kiddie songs RULE! Kawaii ne?
Happy7 - Shiawase Beam! Suki Suki Beam!!

The downloadable version will be available in February. SHIAWASE BEAAMMMM!!!



arkk tanak masuk situ lagi dah…
January 15, 2006, 6:32 am
Filed under: Life...

Apo
Hari ini hari Ahad, aku ada test kat library.

Macam biasa sebelum masuk exam hall  aku akan berjumpa dengan academic advisor aku, Dr. Tan Das dekat tingkat 6 library tu untuk mengosongkan tangki septik. Malangnya tandas semua penuh (ntah… semuanya tutup aje). ada satu terbuka tapi takde lock. Aku masuk jamban mesti kena ada privacy,  tamau guna pee bowl tu, pengalaman lepas ada orang usha macam takde sendiri punya. Lagipun di tandaslah kita mengenal diri kita sendiri.

Maka aku pun teringat nak masuk tandas orang cacat. Memang dari dulu aku suka masuk tandas orang cacat; luas & bersih. Banyak palang-palang besi. Kalau nak practice gimnastik dalam kategori uneven bars, ala yang banyak palang-palang tu la…

Bukak pintu, masuk, masa nak tutup aku perasaan yang tombol sebelah dalam dah tercabut. Yang tinggal lock dia aje. Lock dia bukan jenis selak cam biasa tu tapi mekanikal yang jenis pulas tu. Aku test boleh lock. Aku pun meneruskan aktiviti sihat aku tu. Dalam masa air mencecah bowl tu aku terpikir, betul ke pintu tu elok? Rasa tak sedap hati aje.

Dah siap kerja aku pun pulas la lock tuh, pulas punya pulas, besi lock dia tak gerak-gerak dari initial state-nya iaitu berkunci. TIDAKKK!!!! aku terkunci dalam jamban….

Aku yang baru lepas terkucil, berasa nak terkucil semula atas beberapa sebab.

1. Exam lagi 10 minit tapi aku terkurung dalam jamban.
2. Kalau nak telepon pak guard, henset aku takde airtime walaupun balance ada RM84.34 (status jam 10 malam 15/1/2006)
3a.Nak jerit mintak tolong rasa segan walaupun emergency nih.
3b. Nak jerit mintak tolong kena pakai English ke BM? Kang foreigners ingat ada orang buat projek plak kat dalam jamban. (tolong… tolong…).
3c. Nak jerit mintak tolong tapi risau akan menjejaskan kualiti vokal. Memberi tekanan pada anak tekak dan pita suara.

Dalam masa kurang 20.34 saat, liang-liang roma merembeskan peluh. Hormon adrenaline memancut-mancut keluar. Pusing-pusing lock tu yang tak gerak dia punya besi (tombol pintu nih rosak kat sebelah dalam). Arrrgghh!! panik. Nak nangis pun ada. Dengan sekuat hati aku hentam pintu tu dengan bahu aku, first time buat rasa takde harapan. Pintu dia dahlah besar semacam, padat dan padu serta berat. PRAAKKK!!! second time aku hentam terbukak jugak. Tak taula bunyi ape yang patah, yang penting aku selamat… habis semua lupa dah.

moral: kalau pintu tu dah rosak jangan gatal nak pakai main kunci aje…

Disabled_toilet

Petikan UTUSAN MALAYSIA, Selasa 17 Januari 2006.
"Seorang artis popular ditemui separuh mampus kat dalam jamban di U kat mana dia study sekarang. Dia dipercayai terkurung kerana kerosakkan pintu tandas ketika menghadiri ujian pada hari Ahad yang lepas. Mangsa ditemui oleh seorang cewek cleaner yang bertugas pada hari Isnin."



Berikanku Sedikit Ruang! Part III : The Return Of The King
January 12, 2006, 2:03 am
Filed under: Life...

Kago_1
Ahh syahdu sungguh hari ini, awan mendung memberikan ketenangan di seluruh sudut hatiku, tak pernah ku rasa lapang, indah bak melodi arowana berenang-renang terperangkap empat penjuru kaca akuarium, menangis dalam air tanpa disedari manusia yang indah tertawa dengan muka seposen ikan arowana tu. [tak larat tulis ayat jiwang dah. baik aku tulis surat jiwang kat aweks (perhatikan terdapat huruf "s" pada ejaan awek)].

ayat ringkas: Hari nie. beli. harddisk. 160GB. takde duit nak beli yang besar. total space 360GB. sekian.

Keriangan sungguh aku hari ini kerana tak perlu lagi memikirkan, mencari-cari sudut-sudut yang sudi pabila memuatnuruni bait-bait baru.

Keriangan diriku sejak tamat pemasangan ku menari-nari classical ballet tanpa kusedari ku tak menyarungkan kasut ballet pink kegemaranku.

heh aku kena buang floppy disk drive sebab takde ruang nak skru besi nih. Kesian kat beberapa keluarga serangga yang kehilangan tempat tinggal yang hangat dalam PC aku. Apa nama binatang nih? angkut-angkut ek? ala yang buat sarang dengan tanah tu. Kat umah nenek aku kat Itali ade jugak tapi spesis lain, dia pakai simen, tak pakai tanah.

Ok bye, aku ada banyak test dalam seminggu nih.

…Akhirnya, cincin itu berjaya dileburkan daripada jatuh ke tangan Sauron si jahanam… end of trilogy.